ARTIKEL

Roland ditemani Dr Chew melakukan gimik pelancaran program ‘Bridging Learning Loss for Rural Primary School Students in Sarawak’ bertempat di SK Ulu Segan, di sini pada Isnin.

10,000 murid di Sarawak belum kuasai 3M

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) dengan kerjasama Chumbaka sokongan Yayasan Hasanah, Kementerian Kewangan dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) melancarkan program Merapatkan Kehilangan Pembelajaran Pelajar Sekolah Rendah Luar Bandar di Sarawak di SK Ulu Segan, semalam.

Simbolik pelancaran disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn.


Sagah berkata, pandemik COVID-19 telah memberikan cabaran dan jurang akses kepada peluang prasekolah dalam kalangan murid luar bandar yang memerlukan perhatian segera khususnya pembelajaran dalam literasi dan numerasi.

Justeru, katanya, menjadi tanggungjawab moral kementerian berkenaan untuk memastikan tiada kanak-kanak yang ketinggalan dalam usaha menuntut ilmu dan masa depan yang lebih cerah.

Malah, beliau menyifatkan pelaksanaan program tersebut merupakan langkah yang signifikan untuk meningkatkan taraf pendidikan di Sarawak, memandangkan sekitar 10,000 murid Tahap Satu dan Dua belum menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Berita lanjut dalam epaper STSS.

Roland mengabadikan gambar bersama sebahagian murid SK Ulu Segan usai melancarkan program ‘Bridging Learning Loss for Rural Primary School Students in Sarawak’.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,