ARTIKEL

10,000 pengamal media bakal nikmati rebat bil telefon bimbit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PUTRAJAYA: Kira-kira 10,000 pengamal media di seluruh negara bakal menikmati rebat sebulan bil telefon bimbit di bawah Insentif Rebat RAHMAH Pengamal Media yang akan dilaksanakan bulan depan.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata insentif itu adalah penghargaan kepada ‘wira-wira tidak didendang’ yang turut membantu memperjelaskan inisiatif Rahmah di bawah konsep Malaysia MADANI.

“Insya-Allah satu Insentif Rebat RAHMAH Pengamal Media akan dilaksanakan pada September ini. Semua pengamal media yang memiliki kad perakuan media Jabatan Penerangan Malaysia layak mendapat rebat satu bulan bil telefon bimbit,” katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas melancarkan Pakej 5G RAHMAH dan insentif pascabayar RAHMAH Penjawat Awam di sini hari ini, Fahmi berkata insentif khas untuk pengamal media itu merupakan hasil usaha Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan syarikat telekomunikasi.

“Kita sedang adakan sedikit perbincangan tambahan,” katanya perincian lanjut akan diumumkan setelah selesai penyelarasan dibuat dengan syarikat telekomunikasi terlibat iaitu TM (Unifi Mobile), CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan YTL Communications (Yes). – BERNAMA

Baca lain  Harga minyak sawit dijangka kembali kukuh susulan import semula oleh India

BERITA LAIN

BERITA TERBARU