ARTIKEL

1,006 tentera pantau 34 sekatan jalan raya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Seramai 1,006 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan anggota sokongan Sarawak dikerahkan bagi membantu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri sehingga semalam.

Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia Mejar Jeneral Datuk Md Din Abu berkata, jumlah tersebut membabitkan 34 sekatan jalan raya dan lapan rondaan MPV bersama-sama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurutnya, kerahan anggota ATM menerusi Op Penawar bermula pada 22 Mac lalu. “Penglibatan ini merangkumi operasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bahagian Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sibu, Bintulu dan Miri. “Pada 22 Mac lalu, kita bermula dengan 31 sekatan jalan raya dan dua rondaan MPV yang melibatkan 267 anggota ATM,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika melakukan pemantauan penguatkuasaan PKP dalam operasi sekatan jalan raya di Serian,di sini, semalam. Tabahnya, bilangan anggota terlibat operasi mungkin akan bertambah sekiranya jumlah hari PKP dipanjangkan daripada tempoh yang telah ditetapkan.

Katanya, pihak tentera bersedia menambah anggota bagi membantu polis sekiranya PDRM bercadang untuk menguatkan lagi pasukan kawalan. Katanya, anggota ATM yang menjalankan operasi turut dikerahkan untuk melaksanakan saringan kesihatan di kem serta tiada pergerakan keluar kem selepas jam 7 malam.

“Perkara ini dilakukan kerana tidak mahu anggota kita dijangkiti Covid-19 selepas menjalankan tugas. “Ujian saringan kesihatan akan dilakukan terhadap anggota yang bertugas sebelum balik ke rumah masing-masing,” dedahnya.

Beliau turut menasihati orang ramai agar mematuhi PKP sebagai usaha memutuskan rantaian penularan Covid-19.

BERITA LAIN

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil