Britain kerah kapal perang ke Teluk

LONDON: Britain sedia mengerahkan kapal perang ketiganya ke Teluk ketika hubungan Iran-Barat kian memanas.

Kementerian Pertahanan berkata Britain menghantar kapal pemusnah sistem pertahanan udara HMS Duncan bagi menyokong tugas HMS Montrose yang sedang dibaik pulih di pangkalan Bahrain.

Menurut AFP, kapal tersebut berlayar menuju Teluk sekitar pertengahan September ini.

Britain juga sedia menghantar kapal fregat HMS Kent ke kawasan panas itu pada akhir tahun ini mengambil alih tugas HMS Duncan.

Bahkan, Britain mempertimbangkan membiarkan ketiga-tiga kapal perang tersebut berada serentak di wilayah panas itu demi memastikan kehadiran tentera tidak terputus di perairan penting itu.

Sebelum ini sebuah kapal tangki Britain dihalang oleh tiga kapal perang Iran di Selat Hormuz.

Sebelum daripada itu, Britain bertindak awal menyita kapal supertanker Iran, Grace 1 di Gibraltar didakwa melanggar sekatan cuba menghantar minyak ke Syria.

Britain menafikan kerahan kapal perang menuju Teluk itu ketiganya itu bertujuan meningkatkan ketegangan dengan Iran.