ARTIKEL

Dr Annuar menyampaikan ucapan alu-aluan pada Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri Bahagian Sibu semalam.

104 unit rumah mampu milik dibina di Kampung Datu Baru, 37 keluarga bakal ‘berhijrah’ – Dr Annuar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Seramai 37 keluarga di Kampung Datu akan berpindah ke projek perumahan Kampung Datu Baru tidak lama lagi, kata Datuk Dr Annuar Rapaee.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat itu menegaskan bahawa penduduk berkenaan bukan diusir tetapi berhijrah.

“Mereka berpindah, bukan diusir, dari kampung tetapi berpindah dalam bentuk penghijrahan ke tempat yang lebih selesa, sesuai dan selamat.

“Inilah yang ingin dicapai oleh Kerajaan Negeri Sarawak dalam memastikan rakyat dapat hidup dalam keadaan yang lebih selesa dan bermaruah,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri Bahagian Sibu di sini pada malam tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu memaklumkan bahawa sebanyak 104 unit rumah mampu milik telah dibina di Kampung Datu Baru sebagai sebahagian daripada rancangan pembangunan semula Kampung Datu.

Rentetan itu, Dr Annuar menggesa rakyat Sibu, khususnya di kawasan DUN Nangka, supaya bekerjasama dengannya bagi memastikan semua projek pembangunan yang dijanjikan dapat dilaksanakan.

“Saya percaya, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sentiasa bersama masyarakat kita di Sibu bagi memastikan kita di Sibu tidak ketinggalan dalam sebarang pembangunan, terutamanya dari segi infrastruktur,” katanya.

Tegasnya, Abang Johari merupakan seorang pemimpin berwawasan yang mampu berfikiran jauh ke hadapan.

“Visi beliau bukan sahaja terkenal di negara kita malah terbukti dengan jelas dunia turut mengiktiraf kejayaan Sarawak, khususnya dalam ekonomi hijau yang kita anjurkan selama ini.

“Justeru malam ini, saya menggesa orang ramai di Sibu memberikan sokongan penuh terhadap apa jua pembangunan yang dirancang oleh Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Abang Johari,” katanya.

Projek perumahan Kampung Datu Baru.

BERITA LAIN

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.