Trending

1,040 polis dikerah mengawal Hari Mengundi PRN-12

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak menghantar seramai 1,040 sumber manusia ke seluruh kawasan negeri bagi memastikan proses pengundian pilihan raya negeri (PRN) pada Sabtu ini berjalan lancar.

Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Sarawak Senior Asisten Komisioner (SAC) Gilberd Philip Layang berkata, kesemua penjaga saluran yang telah diatur gerak bermula semalam terdiri daripada kontinjen Sarawak bersama pasukan formasi iaitu Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) dan Pasukan Polis Marin Wilayah Lima (PPMW5).

“Semalam kita telah menggerakkan bantuan sumber manusia seramai 400 anggota ke kawasan-kawasan jauh manakala hari ini 15 buah bas telah digerakkan dengan membawa seramai 640 anggota bagi bantuan sumber manusia di kawasan terdekat.

“Untuk penugasan PRN ini, jumlah keseluruhan adalah lebih kurang seramai 7,000 anggota dan pegawai polis Kontinjen Sarawak yang terlibat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan simbolik pelepasan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini, hari ini.

Mengenai bantuan daripada kontinjen luar katanya, seramai 20 anggota daripada kontinjen Sabah telah diatur gerak ke IPD Lawas bagi bantuan tugas-tugas am.

Manakala bantuan daripada Bukit Aman katanya, turut terlibat khususnya dari segi tugas-tugas dan pencegahan, Jabatan Siasatan Jenayah dan Cawangan Khas.

Jelas Gilberd, kesemua bantuan sumber manusia yang telah dihantar bermula semalam dijangka akan tiba di kawasan penugasan masing-masing petang ini.

Ujarnya, taklimat terperinci berkaitan penugasan akan disampaikan oleh Ketua Polis Daerah di kawasan masing-masing sesudah anggota dilaporkan hadir.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

PBK bawa politik murahan

BETONG: Membangkitkan dakwaan tentang kemungkinan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS)

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru