108,000 warga Serian telah mendaftar untuk menerima vaksin Covid-19

SERIAN: Seramai 108,000 individu di bahagian ini telah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 untuk fasa kedua dan ketiga.

Residen Bahagian Serian, Tuah Suni berkata, jumlah tersebut adalah berdasarkan pendaftaran yang diterima oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Serian.

Jelas beliau, bagi jumlah pendaftaran melalui aplikasi di MySejahtera, jumlah yang yang mendaftar melalui aplikasi tersebut belum diketahui kerana proses pendaftaran masih berlansung.

Justeru katanya, orang ramai digalakkan untuk mendaftar sama ada melalui MySejahtera atau mendaftar melalui Ketua Kaum masing-masing.

“Ketua Kaum akan diberi borang, kami juga menyediakan borang kepada Ketua Kaum dalam bentuk format Microsoft Excel.

“Mereka boleh mengisi melalui format tersebut dan ia dapat dihantar kepada Pejabat Kesihatan Bahagian Serian melalui e-mail,” kata Tuah kepada pemberita pada Program Imunisasi Covid-19 Sarawak di Dewan Masyarakat Serian, hari ini.

Residen Bahagian Serian, Tuah Suni.

Suara Sarawak