ARTIKEL

Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohamad Razi Sitam. | Foto: Ghazali Bujang

109 usahawan penerima bantuan JKM Sarawak sertai Karnival Wellbest Sarawak 2024 pada 24-26 Mei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 109 usahawan dalam kalangan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak terlibat dalam Karnival Wellbest Sarawak 2024 yang diadakan di Dataran Sibu Fasa Dua bermula 24 hingga 26 Mei ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohamad Razi Sitam, berkata inisiatif tersebut sebahagian daripada usaha untuk membantu golongan sasar menjana pendapatan masing-masing.

“Program seumpama ini bertujuan melatih selain melahirkan usahawan dalam kalangan penerima bantuan kebajikan kita.

“Pada masa sama, menggalakkan golongan tersebut agar tidak terus bergantung sepenuhnya kepada bantuan daripada kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Amal Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Gawai Mydin dan TVS di MYDIN Petra Jaya di sini, hari ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas itu turut meluahkan harapan agar Karnival Wellbest dapat dibawa ke zon-zon lain di seluruh Sarawak.

“Kita belum memutuskan lokasi karnival untuk tahun hadapan, tetapi cadangan kita adalah untuk membawa program ini ke zon selatan Sarawak.

“Selain itu, mungkin kita boleh bekerjasama dengan pihak pusat beli-belah seperti MYDIN dari segi jualan produk-produk usahawan ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada orang ramai untuk sama-sama hadir bagi memeriahkan program berkenaan.

“Datang beramai-ramai dan beri sokongan kepada para usahawan kita yang melibatkan ibu tunggal, orang kurang upaya dan sebagainya.

“Pelbagai pengisian program yang menarik, termasuk jualan produk, larian ria dan lain-lain, akan diadakan sepanjang karnival berlangsung,” ringkasnya.

BERITA LAIN

Perlindungan kanak-kanak diperketat

PETRA JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses meminda Akta Kanak-Kanak 2001, bagi memperketatkan lagi perlindungan terhadap kanak-kanak. Menterinya, Datuk Seri Nancy

BERITA TERBARU

Perlindungan kanak-kanak diperketat

PETRA JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses meminda Akta Kanak-Kanak 2001, bagi memperketatkan lagi perlindungan terhadap kanak-kanak. Menterinya, Datuk Seri Nancy