11.8 juta rakyat Malaysia sudah dibanci

KUALA LUMPUR: Seramai 11.8 juta daripada 32.7 juta rakyat Malaysia iaitu 36.1 peratus dibanci menerusi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) setakat hari ini.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata Banci 2020 kini dijalankan serentak secara dalam talian atau e-Census dan bersemuka di seluruh negara.

“Orang ramai boleh memanfaatkan kedua-dua kaedah ini sekarang. Bancian secara bersemuka dimulakan pada awal Mac dan akan dijalankan sehingga akhir Jun ini,” katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk ‘Banci Dalam Talian Atau Bersemuka, Anda Tentukan’ di sini, malam tadi.

Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan bancian tertinggi iaitu 96.5 peratus, diikuti Johor (53.7 peratus), Perak (51.5), Perlis (49.8) dan Melaka (44.4).

Suara Sarawak