Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

11 kubur rosak, diceroboh di Selemas Bintangor

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Keadaan sebahagian kubur yang rosak di Selemas Bintangor.

BINTANGOR: Polis mengesahkan sebanyak 11 kubur di Sungai Selemas di sini rosak, disyaki perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab.

Kejadian mengejutkan itu mengakibatkan sebahagian daripada kubur terbabit terbongkar dan berlubang.

Keadaan sebahagian kubur yang rosak di Selemas Bintangor.

Ketua Polis Daerah Meradong, Deputi Superitendan Polis (DSP) Sekam Anoi berkata, insiden disedari penduduk pada Rabu sebelum tampil membuat laporan polis pada keesokan harinya.

“Kejadian ini juga mendapat perhatian ramai selepas tular di media sosial.

Keadaan sebahagian kubur yang rosak di Selemas Bintangor.

“Manakala polis pula menerima satu laporan polis yang dibuat oleh ahli keluarga pemilik kubur itu pada 16 Februari,”katanya dalam kenyataan pada Jumaat, malam.

Beliau berkata susulan laporan itu, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Meradong meninjau lokasi kejadian bersama-sama beberapa penduduk kampung.

Keadaan sebahagian kubur yang rosak di Selemas Bintangor.

“Polis mendapati memang ada berlakunya kejadian pecah kubur seperti yang di laporkan.

“Setakat ini belum ada tangkapan dan kita masih memburu mereka yang terlibat,” katanya sambil tidak menolak kemungkinan suspek mencari barang berharga.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat berhubung kejadian kepada IPD Meradong di talian 084-693 222 dalam usaha untuk mengesan suspek yang terlibat dengan jenayah berkenaan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru