11 lagi lokaliti dikenakan PKPD, enam ditamatkan

KUCHING: Sebanyak 11 lokaliti di Sarawak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, pihaknya memutuskan untuk melaksanakan PKPD di Rh Buli anak Amit, Sungai Semanok Tatau yang bermula 18 Jun sehingga 1 Julai ini.

“PKPD turut dilaksanakan di Rh Dayang anak Serang, Batu 34, Jalan Bintulu-Miri, Rh. Ricky anak Amin, Sg Kelawit, Tatau (19 Jun hingga 2 Julai), Rh. Ijau, Sg. Kusing, Pakan, Rh. Lawang, Sg. Kura, Pakan (19 Jun hingga 5 Julai), Rh. Jawa, Sungai Selangan, Sarikei, Rh. John, Sg. Minus Jakar, Sarikei (20 Jun hingga 6 Julai), Rh. Assun Simpang Koko Sg. Paoh, Sarikei, Rh. Man, Simpang Koko Sg. Paoh, Sarikei (21 Jun hingga 7 Julai) dan Rh. Ulen anak Segaya, Nanga Tekalit, Tatau (20 Jun hingga 3 Julai),” kata JPBN dalam kenyataan hari ini.

Sementara, JBPN melanjutkan PKPD bermula 20 Jun hingga 4 Julai di enam kawasan di Batang Oya, Dalat iaitu Rh. Bala anak Umba, Rh. Tulu anak Sli, Rh. Duah anak Entingi dan Rh. Balin anak Gema, SK St Luke dan KK Nanga Baoh.

“Manakala PKPD di blok D,G,H,I,O dan Q RPR Bandaria Park, Bintulu dilanjutkan 20 hingga 26 Jun ini,” ujar JPBN.

JPBN turut memaklumkan enam kawasan diisytiharkan tamat PKPD hari ini iaitu Rh. Entu Klampu, Engkelili; Rh. Laka, Kampung Upik Lingga; Rh. Tuntun, Kampung Seduku Ili, Lingga; Rh. Gading, Kampung Ran Ulu dan Rh. Entu Klampo, Engkelili di Sri Aman serta Rh. Abong anak Madang @ Medan, Nanga Tekalit di Tatau.

Suara Sarawak