ARTIKEL

11 lelaki ditahan bergaduh di Vista Perdana, Permyjaya Miri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Polis menahan seramai 11 orang lelaki tempatan disyaki terlibat dalam pergaduhan di sebuah bistro di Vista Perdana, Permyjaya, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 12.05 tengah malam.

Katanya, kejadian membabitkan seorang mangsa yang telah melarikan diri dan dikejar sekumpulan rakan kongsi perniagaan mangsa.

“Sepasukan Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri bergegas ke tempat kejadian dan telah menangkap kesemua individu yang terlibat secara langsung dalam insiden pergaduhan itu.

“Seramai 11 orang lelaki warga tempatan ditahan berumur dalam lingkungan 19 hingga 40 tahun telah ditahan untuk tujuan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Alexson berkata, pergaduhan tersebut turut dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian dan tular di media sosial.

Tambahnya, terdapat juga spekulasi yang disebarkan bahawa kejadian tembak menembak berlaku dalam insiden pergaduhan itu.

Tegasnya, IPD Miri menafikan dakwaan tersebut dan ingin menegas bahawa tiada sebarang insiden tembak menembak berlaku.

“Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan rakaman pergaduhan tersebut kerana ianya akan mengundang kegusaran kepada masyarakat,” katanya.

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

BERITA TERBARU

Misi Kuching City FC cari kemenangan pertama

KUCHING: Pengurus Kuching City FC, Irwanshah Mohamad menegaskan, tiga mata tetap menjadi buruan pasukannya pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam

Dua pendam lama di Song disengkubang

SONG: Dua pendam Iban ditu udah disengkubang orang nadai tanggungpengawa ba penusah diripot nyadi kena 20 enggau 22 Mei tu tadi. Tuai Polis Pelilih Song,