ARTIKEL

TAHAN…Motosikal yang berjaya ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan, di sini, baru-baru ini.

11 penunggang motosikal ditahan atas pelbagai kesalahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seramai 11 penunggang motosikal berumur antara 18 hingga 26 tahun ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan di sekitar kawasan Jalan Miri Bypass, Jalan Marina dan Taman Millenium Jalan Dato Permaisuri, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, mereka ditahan kerana terlibat dalam aksi bersaing antara satu sama lain (uji kelajuan), ‘Wheeli’ dan mengubah haluan yang membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain.

“Sepanjang operasi tersebut, pihak polis telah mengeluarkan sebanyak 98 keping saman dan menyita 11 buah motosikal atas pelbagai kesalahan.

“Kesemua mereka telah ditahan di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987 dan dibawa ke Balai Polis Trafik Miri untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, operasi tersebut telah dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Daerah Miri pada jam 12.30 tengah malam hingga 6 pagi.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Budak 5 tahun dijangkiti selesema burung

PHNOM PENH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Wilayah Takeo di selatan Kemboja disahkan dijangkiti selsema burung H5N1, menjadikan jumlah kes kepada tujuh sejak

Teroka tenaga kerja berkemahiran tinggi

BINTULU: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sering menjadi agenda utama pendidikan negara dalam menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, sejajar dengan keperluan industri

Nadin Amizah tampil memukau di Weekend Fest

PENYANYI dan artis Nadin Amizah tampil memukau pada hari kedua Weekend Fest 2024 di QBIG, Tangerang, Indonesia dengan mempersembahkan lapan buah lagu istimewa. Walaupun diiringi

Bentuk peribadi pelajar

BARU-BARU INI, Mukhayyam Dakhili Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh (TKRSM) bagi murid Tahun 4 berlangsung dengan jayanya di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kota Samarahan. Program