11 permohonan Dana Industri Belia Kreatif S’wak lulus bernilai RM220,200

KUCHING: Sebanyak 11 permohonan Dana Industri Belia Kreatif Sarawak diluluskan melibatkan RM220,200 setakat awal tahun ini.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, permohonan yang diterima adalah sebanyak 54, tetapi diluluskan hanya 11 permohonan.

“Pada tahun lepas, sebanyak 26 permohonan diluluskan daripada 44 yang melibatkan dana RM661,733.65.

“Tahun 2019, dana baru diperkenalkan dan (ramai) belum menyedari kewujudan dana tersebut apabila hanya menerima 16 permohonan dan hanya lima diluluskan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Belia Sarawak 2021.

Suara Sarawak