Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

110 kenderaan diarah patah balik

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: 110 kenderaan di Sarawak diarah patah balik selepas cuba menembusi Sekatan Jalan Raya(SJR) untuk merentasi zon atau daerah di seluruh Sarawak, semalam.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, majoriti pemandu dan penunggang yang diarahkan berpatah balik merupakan mereka yang gagal menunjukkan permit polis serta surat pengesahan majikan masing-masing kepada pasukan operasi SJR.

Menurutnya dalam tempoh sama, sebanyak 15,045 buah kenderaan telah diperiksa di semua titik SJR yang telah didirikan di sempadan keluar-masuk zon dan daerah.

“Sebanyak 185 SJR telah beroperasi mulai semalam (30 Mei).

“Ia merangkumi 110 buah di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan, 48 SJR Ops Rentas, 28 di lokasi Pengesanan Kes Aktif (ACD), dan enam SJR Op Benteng,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak hari ini.

Tambahnya, seramai 1,240 petugas terdiri daripada polis, Angkatan Tentera Malaysia, RELA dan lain-lain agensi terlibat dalam operasi SJR.

Sementara itu jelasnya, sebanyak 1,031 permohonan polis telah direkodkan pada hari sama, sejumlah 719 darinya telah diluluskan manakala 312 permohonan ditolak.

Katanya, sebanyak 68 kompaun telah dikeluarkan kepada individu yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) bagi tempoh 48 jam pada 29 dan 30 Mei lalu.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk