ARTIKEL

1,108 guru baharu bakal ditempatkan di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seramai 1,108 orang guru baharu bakal ditempatkan di seluruh Sarawak bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar.

Menurut Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), kesemua guru terbabit yang terdiri daripada siswazah universiti awam dan swasta, akan ditempatkan di negeri ini berkuat kuasa pada 28 Disember depan.

“Daripada jumlah tersebut seramai 422 guru bakal ditempatkan di sekolah rendah, manakala 686 guru lagi akan mengajar di peringkat sekolah menengah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dengan penempatan tersebut, JPNS mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Cawangan Sarawak (SPP) atas sokongan yang diberikan.

“JPNS akan sentiasa bekerjasama erat dengan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), SPP dan semua pemegang taruh dari semasa ke semasa bagi memastikan isu kekurangan guru di Sarawak dapat diatasi sebaik mungkin,” tambah kenyataan itu.

LAIN-LAIN BERITA

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta