ARTIKEL

1,108 guru baharu permulaan baik, namun Sarawak masih lagi kurang 1,500 guru

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sarawak masih memerlukan sekurang-kurangnya seramai 1,500 guru dalam pelbagai disiplin untuk mengisi kekosongan jawatan tenaga pengajar berkenaan di seluruh negeri.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, bagaimanapun penempatan 1,108 guru baharu adalah permulaan baik
namun tidak menyelesaikan isu tersebut sepenuhnya.

“Berdasarkan penglibatan kementerian kami dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), kita masih memerlukan sekurang-kurangnya 1,500 guru dalam pelbagai bidang.

“Disebabkan itu, menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memastikan isu kekurangan guru dapat ditangani secara holistik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai penempatan seramai 1,108 guru baharu di seluruh Sarawak dengan 422 daripadanya bakal ditempatkan di sekolah rendah, manakala 686 lagi di sekolah menengah.

Sehubungan itu, Roland berkata kementeriannya telah membincangkan isu itu dengan semua pihak berkaitan termasuk KPM; SPP dan JPNS selain ia juga telah diusulkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Fadillah Yusof.

Katanya, melalui Jawatankuasa Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), isu ini telah dibincangkan dengan jelas dan cadangan telah dikemukakan berkaitan penurunan kuasa pengambilan guru baharu daripada SPP kepada KPM.

“Justeru, diharapkan agar tindakan pantas dapat dilakukan oleh pihak berkenaan bagi memastikan isu kekurangan guru di Sarawak yang sudah lama berlaku ini dapat ditangani segera,” jelasnya.

LAIN-LAIN BERITA

Sawit naik RM3,750 setan

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), sebuah badan di bawah Fitch Solutions Group Ltd, telah membuat semakan dan menaikkan unjuran bagi harga

Dua sahabat didakwa cubaan bunuh lelaki

KUCHING: Dua sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki berusia 36 tahun dalam satu kejadian tular di media sosial

Wawasan Tun Taib menjurus kepada pemodenan Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai karakter sebagai pemimpin berwawasan dan seorang yang berfikiran strategik berjaya membawa perubahan, sekali gus

Tun Taib bawa pembangunan berterusan

KUCHING: Hubungan rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang terjalin rapat sejak pentadbiran bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membawa

BERITA TERBARU

Sawit naik RM3,750 setan

KUALA LUMPUR: BMI Country Risk & Industry Research (BMI), sebuah badan di bawah Fitch Solutions Group Ltd, telah membuat semakan dan menaikkan unjuran bagi harga

JKT penolong jurulatih Kuching City FC ‘B’

KUCHING: Keterujaan buat bekas penyerang berpengalaman yang juga kapten Kuching City FC, Joseph Kalang Tie, 37, dalam menelusuri dunia bola sepak dengan persepsi berbeza. Jika

Dua sahabat didakwa cubaan bunuh lelaki

KUCHING: Dua sahabat didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki berusia 36 tahun dalam satu kejadian tular di media sosial