1,134 petugas barisan hadapan di Mukah terima dos kedua

MUKAH: Seramai 1,134 petugas barisan hadapan di Mukah berjaya melengkapkan suntikan dos kedua vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech dari 19 hingga 22 Mac lalu di Hospital Mukah. 

Difahamkan, pecahan jumlah penerima suntikan sepanjang empat hari program tersebut di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Mukah (372), Hospital Mukah (282), Hospital Dalat (96) dan Hospital Daro (384). 

Turut menerima vaksin berkenaan ialah Adun Tellian, Yussibnosh Balo. 

Justeru, beliau menggesa semua penduduk negeri ini untuk mendaftar melalui aplikasi MySejahtera ataupun melalui borang yang diedarkan,. 

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 26 Mac 2021

Suara Sarawak