ARTIKEL

1140 waris keluarga TOK LATIP BERKUMPUL

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ENAM waris anak Tok Latap hadir menyempurnakan Majlis Tahlil Perdana Waris Besar Tok Latap Al Banjari Kampung Bako serta Majlis Ramah-tamah Aidilfitri di Dewan Mesra Taman Mesra Bako, 5 Mei lalu.

Pengerusi Jawatankuasa majlis, Latap Arbi berkata, penganjuran acara ini mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran 1,140 ahli keluarga.

“Mereka terdiri daripada tiga generasi dan selebihnya generasi keempat, kelima dan keenam.

“Acara ini diadakan sebagai ruang untuk bermaaf-maafan, hormat-menghormati serta merapatkan silaturahim dalam kalangan waris yang datang dari pelbagai bahagian di Sarawak,” ujarnya kepada Suara Sarawak.

Sementara itu, generasi waris ketiga Tok Latap, Bujang Tambi mendedahkan bahawa Tok Latap berasal dari Banjarmasin dan lari ke Sarawak dengan beberapa adik-beradiknya akibat perbalahan dengan pihak Belanda.

“Beliau berkahwin dan menetap di Kampung Bako. Hasil perkahwinan itu, mereka mendapat lapan anak.

Mereka terdiri daripada Wa Mentarif, Ngah Majid, Udak Nen, Andak Nor, Yak Elek, Su Tambi dan Mok Buang serta Anjang Akip,” ceritanya lagi.

Dalam pada itu, penasihat majlis, Datuk Awang Suhaili Ledi turut berterima kasih kepada warga kerja yang bertungkus lumus menyediakan kelengkapan serta sajian makanan yang dibawa oleh setiap waris.

Menariknya, kek pulut kuning yang disediakan dalam kalangan masyarakat Melayu menjadi hidangan sebagai tanda kesyukuran dan menjadi lambang bagi sesuatu pencapaian atau kejayaan yang dihajati.

Majlis diserikan dengan persembahan silat oleh cucu Waris Nek Nen, nyanyian daripada Solhi Tambi bekas Bintang Klasik dan P. Ramlee Kebangsaan serta 109 cabutan bertua

BERITA LAIN

Fadillah ucap Selamat Hari Bapa

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, hari ini mengucapkan Selamat Hari Bapa yang disambut hari ini kepada semua insan yang bergelar bapa.

Pelihara kepelbagaian warisan negara

PEREDARAN zaman yang semakin kompetitif ketika ini dilihat memberi kesan ketara ke arah terhakisnya khazanah budaya masyarakat majmuk di negara ini. Andai kata tiada inisiatif

Penting kerjasama kumpulan

PIHAK kaunselor pelatih Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengadakan program bina jati diri melibatkan 25 pelajar di Sekolah Menengah Al-Amin Kuching, Sabtu lalu. Inti pati

Lokasi wajib dikunjungi di Sibu

SIBU ialah salah sebuah bandar di Sarawak yang menarik dengan kepelbagaian budaya, warisan dan terkenal dengan sejarah masyarakat Cina. Banyak sejarah Sarawak berkait rapat dengan

BERITA TERBARU