Trending

1,152 Pati ditangkap memasuki Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Seramai 1,152 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditangkap di seluruh Sarawak dalam tempoh 1 Januari sehingga 15 Ogos tahun ini, atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit 1988 (Akta 342).

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Mancha Ata berkata, daripada jumlah Pati tersebut, seramai 540 orang cuba memasuki negeri ini melalui jalan tikus dan telah diusir.

“Tindakan pengusiran dibuat bagi membanteras kemasukan Pati dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19 dari luar Sarawak terutamanya varian Delta yang telah menyumbang kepada peningkatan kadar kebolehjangkitan yang kian merebak pada masa kini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Manakala, beliau berkata bagi kes yang melibatkan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, seramai 252 orang ditangkap kerana disyaki menjadi dalang dalam penyeludapan migran atau dikenali sebagai ‘tekong darat’.

“Daripada jumlah tangkapan tersebut, seramai 172 individu telah dituduh di mahkamah manakala bakinya seramai 80 individu masih dalam proses melengkapkan siasatan sebelum tindakan lanjut dibuat.

“Sabit kesalahan di bawah Akta ATIPSOM 2007 boleh dikenakan hukuman penjara untuk tempoh 15 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Dalam pada itu, Mancha menegaskan polis akan mengambil tindakan drastik bagi mengekang aktiviti penyeludupan Pati ke negeri ini.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru