ARTIKEL

MOHAMAD serta tetamu bergambar kenangan bersama-sama individu istimewa yang diraikan pada Sambutan Hari OKU Peringkat Bahagian Betong 2025 di Pentas Utama Sri Kalaka, hari ini.

1,167 OKU berdaftar di Bahagian Betong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Kira-kira 30 jenis faedah tersedia untuk orang kelainan upaya (OKU) harus dimanfaatkan golongan itu bagi memastikan mereka tidak terasa terpinggir.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kalaka, Mohamad Duri menyeru mana-mana keluarga yang mempunyai ahli keluarga dalam kalangan golongan istimewa ini agar mendaftarkan mereka dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sehingga Disember 2024 terdapat 736,607 OKU berdaftar di Malaysia di bawah tujuh kategori ketidakupayaan berdasarkan janaan Sistem Pengurusan Maklumat OKU (SMOKU).

“Bagi Bahagian Betong, seramai 1167 orang OKU telah didaftar sejak 2020 hingga Oktober 2025 melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Betong dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Saratok.

“Sehubungan itu saya berharap mana-mana keluarga yang ada anak OKU, namun belum didaftarkan, maka daftarkan mereka dengan JKM.

“Ini bagi memastikan keperluan mereka dapat dibantu kerana terdapat 30 kemudahan dan keistimewaan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta,” katanya merasmikan Sambutan Hari OKU Peringkat Bahagian Betong 2025 di Pentas Utama Sri Kalaka, hari ini.

Jelasnya, golongan OKU merupakan kelompok istimewa yang memerlukan perhatian masyarakat.

Sambutan penuh meriah itu diisi dengan aktiviti senamrobik pimpinan Spaoh Fitness, mencari harta karun Treasure For Smile, di samping pertandingan mewarna, karaoke, kelas bahasa isyarat dan pameran oleh agensi dan pertubuhan bukan kerajaan.

Turut diselitkan penyampaian sumbangan kerusi roda kepada tiga penerima, selain penyampaian kad OKU.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU