ARTIKEL

Korea Selatan lulus penggunaan pil Pfizer

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SEOUL: Korea Selatan membenarkkan penggunaan kecemasan rawatan Covid-19 secara oral keluaran Pfizer yang pertama kali diperkenalkan di negara itu, menurut Kementerian Keselamatan Makanan dan Ubat-Ubatan negara itu.

Mengutip Reuters, minggu lalu, Korea Selatan mengenakan semula peraturan ketat penjarakan fizikal selepas ia dilonggarkan pada November lalu.

Langkah itu diambil berikutan peningkatan kes jangkitan harian dan kes serius yang memberi tekanan terhadap sistem perkhidmatan perubatan, walaupun kadar vaksinasi melebihi 92 peratus bagi mereka yang berumur 18 tahun ke atas.

“Rawatan pil antivirus Pfizer, yang dipanggil Paxlovid dijangka membantu mencegah penyakit bertambah serius dan mengurangkan jumlah kemasukan pesakit ke pusat rawatan kediaman atau dirawat di rumah,” kata kenyataan itu.

Menteri Keselamatan Ubat, Kim Gang-lip berkata pada sidang akhbar bahawa pelbagai rawatan Covid-19 melangkaui suntikan kini digunakan di lapangan.

“Ubat itu akan digunakan untuk orang dewasa atau kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas dengan berat badan melebihi 40 kilogram dengan simptom ringan hingga sederhana, serta berisiko tinggi mendapat kes Covid-19 yang teruk disebabkan penyakit lain yang dihidapi,” katanya.

Satu lagi rawatan koronavirus dalam bentuk dipanggil molnupiravir, dibangunkan oleh Merck dikenali sebagai MSD di luar Amerika Syarikat dan Kanada, memohon untuk kegunaan kecemasan awal bulan ini.

Namun begitu, kementerian itu masih mengkaji bagi mendapatkan maklumat tambahan akan keberkesanan rawatan itu, ujar Kim.

LAIN-LAIN BERITA

Kod etika garis panduan pengamal media

JAKARTA: Kod etika yang dilancarkan hari ini menjadi petunjuk dan garis panduan bagi pengamal media menjalankan tugas mereka.  Presiden Ikatan Setiakawan Malaysia-Indonesia Ashwad Ismail berkata,

Houti serang dua kapal AS di Teluk Aden

Jurucakap pasukan Houthi pada Isnin, 19 Februari 2024, mendakwa pasukan mereka menyerang dua kapal AS di Teluk Aden. Salah satu serangan merosak kapal yang sedang

Parti Megawati sedia jadi pembangkang

JAKARTA: Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) pada Khamis lalu, memberi isyarat ia mengambil peranan sebagai parti pembangkang kepada kerajaan masa depan, ketika calon presiden Prabowo

Mesir tolak penempatan penduduk Palestin

KAHERAH: Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi pada Sabtu dengan tegas menolak sebarang penempatan warga Palestin ke negara itu, satu pendirian yang disokong oleh masyarakat antarabangsa,

BERITA TERBARU

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian