ARTIKEL

Lima kanak-kanak tampil membuat laporan terhadap pedofilia Alladin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Polis Sarawak menunggu laporan dari Jabatan Forensik Bukit Aman untuk melihat dan mendapatkan semula kandungan dalam telefon milik seorang pedofilia, Alladin Lamin.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, sejurus mendapat maklumat tersebut, pihaknya akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, pihaknya akan menerima maklumat tersebut dalam masa terdekat, selewat-lewatnya bulan hadapan kerana pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Forensik Bukit Aman untuk mempercepatkan laporan tersebut.

Beliau turut berkata, setakat ini, seramai lima kanak-kanak telah tampil untuk membuat laporan polis terhadap tertuduh.

“Kami cuba untuk mendapatkan lebih banyak maklumat dan mengenal pasti mereka sekiranya kami dapat mengakses kandungan dalam telefon suspek.

“Kanak-kanak terbabit kebanyakan menetapkan di kawasan kejiranan suspek termasuk kanak-kanak pekerja ladang kelapa sawit,” katanya semasa sidang media di Pejabat Polis Daerah Serian, di sini hari ini.

BERITA LAIN

Anugerah pencetus semangat Bonnie

KUCHING: Jaguh powerlifting dunia kelahiran Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin menyifatkan Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan 2023 diterima malam kelmarin sebagai pencetus semangat untuk terus cemerlang dalam

Tiga bot nelayan ditahan APMM

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut

Geng Piji tumpas

KUCHING: Geng Piji yang aktif mencuri kenderaan selain terlibat dalam kes pecah rumah, samun dan curi kabel akhirnya tumpas apabila ketua termasuk 11 ahlinya dicekup

BERITA TERBARU