HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

12 lagu Bidayuh berentap di pentas ACLB

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
BERSEDIA...Pengarah Penyiaran Negeri Sarawak Nasrul Hakim Md Noh (tiga dari kiri hadapan) bergambar bersama-sama pengurusan ACLB edisi ke-8 yang akan berlangsung 16 Julai ini.
BERSEDIA…Pengarah Penyiaran Negeri Sarawak Nasrul Hakim Md Noh (tiga dari kiri hadapan) bergambar bersama-sama pengurusan ACLB edisi ke-8 yang akan berlangsung 16 Julai ini.

KUCHING: Acara berprestij untuk memartabatkan lagu Bidayuh terbaik, Anugerah Carta Lagu Bidayuh (ACLB) edisi ke-8 bakal berlangsung pada 16 Julai 2022 depan.

Berlangsung di Auditorium P. Ramlee, Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kuching bermula jam 8 malam, edisi kali ini bakal menyaksikan sebanyak 12 buah lagu berentap.

Pengarah Penyiaran Negeri Sarawak Nasrul Hakim Md Noh berkata, 12 lagu daripada genre muzik berbeza tersebut dipilih ke peringkat akhir akan didendangkan 10 orang finalis solo, manakala dua daripadanya adalah kumpulan.

“ACLB akan dihadiri dengan jumlah penonton terhad, iaitu 300 orang terawal.

“Ia juga dapat disaksikan secara langsung melalui platform Facebook Walfm Bidayuh dan dikongsi oleh Facebook RTM Sarawak serta kali pertama disiarkan di TV Okey,” katanya dalam sidang media di bilik Auditorium kecil RTM Kuching hari ini.

Untuk itu katanya, anugerah pengkarya terbaik acara akan turut disediakan di samping piala dan hadiah wang tunai menanti pemenang.

Juara akan membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta piala, diikuti naib juara memperoleh wang tunai RM3,000 beserta piala, tempat ketiga RM2,000 beserta piala, vokal terbaik mendapat RM1,000 beserta piala, lagu paling popular membawa pulang RM1,000 beserta piala dan hadiah sagu hati RM1,000 beserta piala.

Tambah Hakim, peserta akan dibantu selepas acara dengan perancangan pelbagai program untuk memastikan perjalanan bakat anak seni tidak terhenti begitu sahaja.

 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru