ARTIKEL

SELESAI MESYUARAT...Datuk Rahman Lariwoo (tengah) bersama jawatankuasa lain selesai mesyuarat.

12 negara sahkan penyertaan dalam kejohanan tinju antarabangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: 12 negara mengesahkan penyertaan bersaing pada Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang julung kalinya diadakan di Malaysia bertempat di Stadium Perpaduan, Petra Jaya 11 Mei depan.

Presiden Persatuan Tinju Amatur Sarawak (SABA), Datuk Rahman Lariwoo menegaskan, antara negara yang mengesahkan penyertaan adalah Jepun, Kazakhstan, United Kingdom, Australia, Myanmar, India, Thailand, Perancis, Filipina, Singapura, Brazil dan tuan rumah Malaysia.

“Ini merupakan satu sejarah buat negara (Malaysia) dan Sarawak khasnya kerana diberi peluang menjadi tuan rumah kejohanan tinju antarabangsa yang menampilkan petinju-petinju profesional dari serata dunia.

“Setakat semalam, sebanyak 12 negara termasuk Malaysia telah mengesahkan penyertaan pada kejohanan berprestij itu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat persiapan kejohanan itu semalam.

Beliau menyifatkan bahawa menjadi satu kebanggaan bagi rakyat Sarawak kerana Malaysia akan diwakili anak tempatan Daeloniel McDelon Bong atau lebih dikenali sebagai Kilat Boy yang akan bertanding dalam kategori Super Bantamweight 55.3kg.

Mengulas mengenai kejohanan itu, Rahman menjelaskan ia akan bermula dari 6 hingga 10 Mei juga di Stadium Perpaduan, Petra Jaya.

Katanya, saingan kali ini dijangka bertambah sengit dan menarik apabila penyertaan bukan sahaja datang dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak, malah petinju dari Kalimantan Barat, Sumatera, Singapura dan Sri Lanka turut mengesahkan penyertaan.

Kontinjen Sarawak katanya akan mempertaruhkan barisan petinju muda dari skuad elit dan pembangunan sebagai pemanas badan untuk menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024.

“Setakat ini, kita telah menerima penyertaan yang amat menggalakkan untuk Kejohanan Terbuka Sarawak 2024 dan saya percaya jumlah penyertaan mungkin akan bertambah lagi selepas Aidilfitri nanti.

BERITA LAIN

Misi Kuching City FC cari kemenangan pertama

KUCHING: Pengurus Kuching City FC, Irwanshah Mohamad menegaskan, tiga mata tetap menjadi buruan pasukannya pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam

28 pasukan beradu nasib hujung minggu ini

KUCHING: Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Novis anjuran Akademi Takraw Satok (ATAS) 2024 akan berlangsung gelanggang Kelab Sukan Komuniti (KSK) Satok/SLPAS, Kuching pada Sabtu dan Ahad

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.