ARTIKEL

GRAZELINE NYIRIN...Pengerusi Kejohanan.

12 pasukan berentap buru gelaran juara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Karnival Liga Bola Sepak Wanita Bahagian Serian 2024 yang dijadual berlangsung 22 hingga 23 Jun depan mendapat sambutan menggalakkan.

Pengerusi Kejohanan, Grazeline Nyirin menegaskan, sebanyak 12 pasukan akan berentap untuk memburu gelaran juara edisi kali ini.

“Sejumlah 12 pasukan sudah mengesahkan penyertaan mereka untuk memburu gelaran juara edisi kali ini,” ujar Grazeline kepada Arena Suara Sarawak.

Sambil menyatakan pihaknya percaya saingan kali ini dijangka sengit kerana pasukan yang bertanding menyenaraikan ramai pemain berpengalaman.

Dalam pada itu, Grazeline turut memberitahu, saingan dua hari itu akan berlangsung di Kompleks Sukan Serian.

“Saingan dua hari kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA) itu turut menghimpunkan pasukan handalan wanita sekitar Serian, Kota Samarahan, Kuching, Tebedu, Bau termasuk wakil tunggal dari negara jiran (Indonesia).

“Pasukan yang turut serta ialah Grace CBF United, Sdsd, BB Ladies, N21 Tebedu, K-Tim, RWS FC, D’ Samarahan, Young Merau, N22 Kedup, LKBMB, TBS dan Queen Dielovesie.

Menurut Grazeline, sesi taklimat dan cabutan undi pada 9 Jun depan di Hotel Roxy, Serian pukul 2:00 petang.

Hadiah lumayan menanti pasukan berjaya iaitu wang tunai RM2,000 beserta piala dan pingat untuk sang juara.

Naib juara akan menerima wang tunai RM1,000 beserta piala dan pingat.

Dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing akan menerima wang tunai RM500, piala dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

“Selain itu, hadiah wang tunai untuk pemain terbaik dan penjaring terbanyak turut disediakan. Berbanding hadiah wang tunai dan piala untuk pasukan terbaik,” tambah Grazeline lagi.

BERITA LAIN

PMNS komited perkasa pembangunan sukan Muaythai

BINTULU: Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) komited memperkasa pembangunan sukan Muaythai di negeri ini. Usaha ke arah itu tampak jelas apabila badan induk berkenaan menganjurkan

Misi Kuching City FC cari kemenangan pertama

KUCHING: Pengurus Kuching City FC, Irwanshah Mohamad menegaskan, tiga mata tetap menjadi buruan pasukannya pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri