ARTIKEL

12 pasukan berentap dalam Liga Bola Sepak Veteran Samarahan 2023

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TURUT SERTA…Pasukan Ex-SPT FC.

KUCHING: Seramai 12 pasukan bakal berentap untuk memburu gelaran juara musim kedua bagi Saingan Liga Bola Sepak Veteran Samarahan 2023.

Menyingkap tirainya pada 22 Januari depan, padang bola sepak Kampung Sambir, Asajaya akan menjadi gelanggang utama sepanjang berlangsungnya liga terbabit.

Kata Pengerusi Kejohanan Abdul Muhtalib Tagak, pasukan yang akan turut serta ialah Sambir Bistari FC, V-Foss FC, X-Monta FC, Vetcops FC, VS FC, Ex-SPT FC, Kanisa FC, Kantau Brother FC, Abok 81 FC, Lariwoo KCH FC, KR FC dan Armada SV FC.

“Perlawanan akan berlangsung pada setiap hari Ahad manakala aksi final dijangka berlangsung pada 12 Mac 2033,” ujar Muhtalib kepada Arena Suara Sarawak.

Tambahnya, pasukan yang bertanding dibahagi kepada dua kumpulan (A & B) dan hanya dua pasukan terbaik dari setiap kumpulan layak secara automatik bersaing ke peringkat separuh akhir.

Bagi perlawanan ini nanti katanya, hadiah menarik bakal menanti empat pasukan terbaik iaitu juara akan menerima hadiah wang tunai RM2,200 beserta piala.

Naib juara pula akan menerima wang tunai RM1,200 bersama piala. Tempat ketiga akan menerima wang tunai RM800 dan piala. Berbanding wang tunai RM500 untuk pasukan ditempat keempat.

 

BERITA LAIN

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi

Jambatan Bintulu-Jepak siap 82 peratus

BINTULU: Projek Jambatan Bintulu-Jepak telah mencapai 82 peratus siap dan kekal mengikut jadual untuk tarikh jangkaan siap, kata Timbalan Premier , Datuk Amar Douglas Uggah

Raikan tiga tarikh keramat

SARAWAK, merupakan negeri terbesar di Malaysia dan terletak di pulau Borneo, berkongsi sempadan dengan Sabah, Brunei, dan Indonesia. Sejarah Sarawak bermula jauh sebelum era penjajahan,

Transformasi Penan sejak beberapa dekad

KEMAJUAN pembangunan dan infrastruktur di kawasan Ulu Baram merupakan satu pencapaian signifikan sejak beberapa dekad lalu. Ia dapat dilihat melalui dua aspek utama iaitu keadaan

BERITA TERBARU

Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, mempunyai pengalaman luas pada peringkat negeri dan persekutuan

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi