Trending

12 pasukan berentap dalam Liga Veteran Mini Sadong

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
PENGERUSI...Abdul Muhtalip.

SADONG JAYA: Daerah Sadong Jaya akan menjadi tumpuan peminat sukan bola sepak dengan berlangsungnya Liga Bola Sepak Veteran Mini Sadong FM 2023.

Liga yang julung kali diperkenalkan itu dianjur oleh Kelab Bola Sepak V-FOSS FC.

Pengerusi Kejohanan, Abdul Muhtalip Tagak memberitahu, saingan akan berlangsung pada 7 dan 8 Oktober depan.

“Sebanyak 12 pasukan akan beradu nasib sekali gus memburu kejuaraan.

“Format kejohanan adalah liga kumpulan, dua pasukan teratas layak ke pusingan kalah singkir,” ujar Muhtalib kepada Arena Suara Sarawak.

Pasukan yang bertanding kelak ialah VS FC, V-FOSS FC, A-SPT FC, Vettam FC, V-Combine FC, RR United, Boiler FC, Kamsla FC, Brother FC, VUG FC, Tumela FC dan AWS Vet FC.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Regu Azam raja libas

REGU Azam dari Bintulu muncul juara Kejohanan Raja Pisak Ragak

Gol Ronaldo memukau

BINTANG sensasi, Cristiano Ronaldo membuktikan sentuhan ajaibnya apabila menyumbat gol

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru