ARTIKEL

12 penghuni sehelai sepinggang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
Rumah satu tingkat di Jalan Pearl Park, Taman Mega Juta, Batu 3 disini terbakar 80 peratus.

KUCHING: Seramai 12 penghuni tinggal sehelai sepinggang selepas rumah yang didiami mereka terbakar kira-kira jam 8.33 pagi hari ini.

Mereka terdiri daripada tiga lelaki dewasa, lima wanita dewasa, seorang kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata kebakaran menyebabkan rumah di Jalan Pearl Park, Taman Mega Juta, Batu 3 di sini musnah 80 peratus.

“Lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang telah digerakkan ke lokasi kejadian dan bertindak mengawal serta memadam kebakaran menggunakan pemadaman satu aliran 200 kaki dua nozzle dan satu aliran salur bantu mula,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 9.05 pagi dan ditamatkan pada jam 11.05 pagi.

Katanya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Pasukan bomba dari BBP Batu Lintang berjaya mengawal kebakaran pada jam 9.05 dan menamatkan operasi pemadaman pada jam 11.05 pagi.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU