ARTIKEL

Gambar Hiasan

12 peratus rakyat Malaysia anggap diri mereka kaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PETALING JAYA: Berdasarkan Tinjauan Persepsi Kekayaan yang dilaksanakan oleh Hong Leong Bank Berhad (HLB) baru-baru ini menyatakan 12 peratus rakyat Malaysia menganggap diri mereka kaya.

Tinjauan tersebut melibatkan lebih 1,000 responden tempatan berumur antara 18-77 tahun.

Didapati 79 peratus responden mengaku bahawa mereka tidak mempunyai pelan kewangan berdokumen disebabkan andaian tidak mempunyai dana mencukupi untuk memulakan satu pelan pengurusan kekayaan secara rasmi.

Sebaliknya 57 peratus berkata mereka melabur dalam saham, diikuti rapat oleh 56 peratus yang memperuntukkan dana untuk skim ASB/ASM dan 54 peratus yang terlibat dalam pelaburan emas.

Hanya 44 peratus responden memilih deposit tetap sebagai pendekatan pelaburan utama mereka.

BERITA LAIN

Hari Wesak disambut meriah seluruh negara

KUALA LUMPUR: Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini. Di Kuala Lumpur,

Arab Saudi permudahkan urusan jemaah haji Malaysia

SEPANG: Pelaksanaan inisiatif Makkah Route untuk kali keenam membuktikan pengiktirafan antarabangsa dan keyakinan pihak Arab Saudi terhadap kecekapan pengurusan operasi haji yang dikendalikan oleh Lembaga

BERITA TERBARU