ARTIKEL

12 projek RTP di Sampadi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUNDU: Sebanyak 12 projek RTP dilaksanakan di kawasan Sampadi di sini sejak 2017.

Adun Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu berkata, nilai kesemua projek RTP dilaksanakan untuk manfaat pen-
duduk setempat di situ ialah sebanyak RM3 juta.

Jelasnya, jumlah itu tidak termasuk kos bagi pembinaan Jambatan Batang Rambungan yang berjumlah RM98.5 juta.

“Ia juga tidak termasuk peruntukan sebanyak RM100 juta untuk menggantikan lapan jambatan lama dengan jambatan konkrit di sepanjang jalan Rambungan-Sampadi-Lundu.

“Semua projek RTP ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Sarawak bagi memastikan semua rakyat menikmati kemudahan yang selesa dan sempurna,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan Dan Lanskap Anjuran
JKKK Kampung Sampadi Lundu, kelmarin.

Sementara itu, Jamilah memberitahu, beliau berharap penduduk di kawasan Tanjong Datu agar bersabar dengan
proses pembangunan yang dijalankan secara berperingkat.

“Saya harapkan tiada perasaan cemburu dalam kalangan penduduk kampung di Tanjong Datu kerana setiap projek yang dibangunkan adalah mengikut keperluan dan dilaksanakan mengikut peringkat,” ujarnya.

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

1,350 penerima darjah kebesaran Sarawak

KUCHING: Yang Dipertua Dewan Negara, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi mendahului penerima Darjah Kebesaran Negeri

BERITA TERBARU

Ribuan penyokong banjiri Stadium Taha Ariffin

KUCHING: Ribuan penyokong mula membanjiri Stadium Taha Ariffin (STA) seawal jam 5 petang bagi menyaksikan Kuching City FC memburu tiket ke separuh akhir Piala FA

Bintulu tundukkan ATM 1-0

SPL 2026 KUCHING: Juara bertahan, Bintulu membawa bekalan tipis ke aksi suku akhir kedua Liga Premier Sarawak 2026 (SPL 2026) selepas menewaskan ATM 1-0 di