ARTIKEL

120 pemain badminton remaja berentap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PUSINGAN akhir Kejohanan Badminton Remaja Sarawak Energy yang berlangsung di Dewan Persatuan Badminton Sarawak hujung minggu lalu menyaksikan 120 pemain terlibat.

Ia merupakan pentas menguji kemahiran pemain terbaik di negeri ini.

Diadakan setiap tahun, acara ini bertujuan untuk memupuk minat dan membangunkan sukan badminton dalam kalangan kanak-kanak

Saingan membabitkan kategori berbeza iaitu perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki dan beregu wanita untuk Bawah 12, 14, Bawah 16, Bawah 18 dan Bawah 20 Tahun.

Dalam kategori perseorangan lelaki Bawah 12 Tahun, pemain Persatuan Badminton Sarawak (SBA) Darrick Ong dan Chong You Jia masing-masing muncul juara dan naib juara pertama.

Kategori perseorangan wanita Bawah 12 Tahun, juara milik Rosella Tania, dan Samantha Kong muncul naib juara pertama.

Sementara itu, kategori perseorangan lelaki Bawah 14 Tahun, juara milik Athan Yang danJared Foo sebagai naib juara.

Adam Wong dan Chong Yan Cheng yang tewas diperingkat separuh akhir menduduki tempat ketiga bersama.

Janice Tchin Yao Xuan muncul sebagai juara dalam kategori perseorangan wanita Bawah 14 Tahun dan Wafa Shahmina muncul naib juara.

Wendy Feebie Ricky dan Brenda Jong menduduki tempat ketiga bersama.

Pasangan Chong Yan Cheng dan Mohamad Najib Haqimi telah dinobatkan sebagai juara kategori beregu lelaki Bawah 14 Tahun selepas menewaskan Athan Yang dan Noel Liew (JPRO) selaku naib juara.

Pasangan Adam Wong/Bosco Ng dan Jared Foo/Liu Zi Chen muncul pemenang tempat ketiga bersama.

Kategori beregu wanita Bawah 14 Tahun, Brenda Jong dan pasangannya, Yuki Leong dinobatkan sebagai pemenang selepas menewaskan Wafa Shahmina dan Wendy Feebie Ricky ditempat kedua.

Pasangan Calista Lim/Maria Alexa Patrus dan Eunice Chong/ Qies Nur Masyiela menduduki tempat ketiga bersama.


Leong Ming Kai dinobatkan sebagai pemenang kategori perseorangan lelaki Bawah 16 Tahun selepas menumpaskan Jack Huong ditempat kedua.

Manakala Chung Jia Ho dan Ho Sin Hong menduduki tempat ketiga bersama.

Kategori perseorangan wanita Bawah 16 Tahun, Nurin Izzah Qistina dinobatkan sebagai juara selepas mengalahkan Megan Tan ditempat kedua.

Julia Yek Ping dan April Lee Tong menduduki tempat ketiga bersama. Ho Sin Hong dan Jack Huong dinobatkan sebagai pemenang kategori beregu lelaki Bawah 16 Tahun selepas menewaskan Adryan Sim dan Antonio Ong.

Pasangan Alven Sia/Leong Ming Kai dan Janson Kuan/ Leacus Tang mendapat tempat ketiga bersama.
Kategori beregu wanita Bawah 16 Tahun, April Lee Tong dan pasangannya, Nurin Izzah Qistina, muncul juara. Janice Tchin dan Megan Tan sekadar berouas hati ditempat kedua. Hannah Toh/Julia Yek Ping, dan Sally Vong dengan Sharon Vong mendapat tempat ketiga bersama.


Chung Jia Ho dinobatkan sebagai juara kategori perseorangan lelaki Bawah 18 Tahun. Chin Kang Neng muncul naib juata. Eric Choo dan Lewis Liew muncul pemenang tempat ketiga bersama. Kategori bergu lelaki Bawah 18 tahun menyaksikan Brendan Liu dan Darrent Lim dinobatkan sebagai pemenang selepas menumpaska Chin Kang Neng dan Eric Choo ditempat kedua.


Passngan Elvis Tiong/Freddie Lambert dan Alexander Lee Wei/ Tan Han Fong menduduki tempat ketiga bersama.


Sementara itu, Dexter Ong menjuarai kategori lerseorangan lelaki Bawah 20 Tahun, menewaskan Ting Siang Yu. Manakala Josiah Ko dan Daren Ling menduduki tempat ketiga bersama. Kategori perseorangan Wanita Bawah 20 tahun, juara milik Sim Jia Min (Miri), bersama Tiffany Law sebagai naib johan. Honey Leong (Sibu) menduduki tempat ketiga.


Brendan Liu dan Darrent Lim yang berusia lapan belas tahun sekali lagi menjadi juara dalam beregu lelaki Bawah 20 Tahun selepas menumpaska Ashley Chua dan Darrell Ong.


Aryan Syahimad Lee/Lewis Liew Tao Chai dan Alexander Lee Wei/ Ayden Chua menduduki tempat ketiga bersama.


Dalam kategori beregu wanita Bawah 20 tahun, pasangan Ho Sing Yen dan Sim Jia Min muncul juara. Ashreney Kho/ Tiffany Law muncul naib juara. Manakala pasangan Honey Leong/Nicole Hon dan Kong Pei Ting/Ngien Kee Xin menduduki tempat ketiga bersama.

Pengurus Sarawak Energy Wilayah Barat, Ir. Ts. Dr Tan Joo Kok menyampaikan hadiah wang tunai keseluruhan RM14,000 dan pingat kepada pemenang.

LAIN-LAIN BERITA

Harimau Malaya pindah kandang jika…

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mempunyai perancangan sekiranya Stadium Nasional Bukit Jalil tidak bersedia untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Harimau

BERITA TERBARU

Meruked lancar muzik video baharu

KUMPULAN muzik tempatan Meruked melancarkan single dan muzik video terbaharu mereka berjudul Kining Posah pada Jumaat ini.  Menurut vokalis, Syed Ashraf Edruce, Kining Posah bermaksud

Tarikan ekopelancongan burung walit

AKTIVITI EKONOMI dan keusahawanan penduduk kampung mampu dibangun dan diperkasa melalui pembangunan Projek Ekopelancongan Burung Walit Kampung Merembeh. Projek tersebut membuka peluang pekerjaan baharu dan