120 tentera darat dan udara, ATM di Kuching terima suntikan imunisasi covid-19

KUCHING: Seramai 3,510 anggota Angkatan Tentera Malaysia di seluruh Sarawak menerima vaksin Pfizer-BioNTech untuk fasa pertama.

Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Dzulkafli Mustaffa berkata, untuk Bahagian Kuching sahaja seramai 120 anggota tentera darat dan tentera udara telah menerima suntikan vaksin berkenaan hari ini.

“Bagi pihak ATM di Sarawak, secara keseluruhan agihan dos vaksin untuk fasa pertama dan kedua adalah sebanyak 7,020. Program vaksinasi covid -19 ini bermula pada penghujung Febuari 2021 hingga Febuari 2022.

“Keutamaan kita adalah memberi kepada petugas-petugas kesihatan ATM, anggota yang berada di zon merah, anggota yang berada kawasan operasi sempadan Malaysia-Indonesia, dan Sabah bagi yang menjalankan Op-Teras dan Op-Benteng,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media Program Imunisasi Vaksin Covid-19 ATM di Dewan Bukavu, Kem Penrissen Batu 8, hari ini.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 13 Mac 2021

Suara Sarawak