ARTIKEL

12,605 peserta SALCRA layak terima dividen tahun ini 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (Salcra)

KUCHING: Sebanyak 12,605 peserta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (Salcra) dijangka menerima agihan perolehan bersih sebanyak RM75 juta yang diluluskan pada tahun ini.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom memberitahu, ia merupakan peningkatan sebanyak RM14.2 juta berbanding RM60.8 juta pada tahun lalu.

“Lembaga Pengarah Salcra telah meluluskan perolehan bersih berjumlah RM75 juta untuk diagihkan kepada 12,605 peserta yang layak tahun ini.

“Bagaimanapun, pembayaran hasil bersih tersebut diagihkan secara dua peringkat,” katanya.

Beliau yang juga Adun Kemena berkata demikian semasa sesi penggulungan Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dun Sarawak ke-19 di sini, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau mendedahkan 19 estet yang dibangunkan oleh Salcra sehingga September tahun ini berjaya menjana pendapatan keseluruhan RM235.1 juta dengan lebihan RM130.1 juta.

Ujarnya ia merupakan peningkatan sebanyak 48 peratus atau RM42 juta berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

“Kenaikan ini disumbangkan oleh harga minyak sawit yang menggalakkan terutamanya pada separuh pertama tahun ini di samping pelaksanaan inisiatif penambahbaikan pengeluaran untuk mengurangkan kekurangan buruh.

“Ia juga didorong oleh kemampuan Salcra mengekalkan pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO) bagi semua ladang dan kilangnya,” ujarnya.

Untuk rekod, Rundi memaklumkan jumlah keluasan ladang kelapa sawit yang dibangunkan ialah 51,289 hektar dengan 25,653 hektar atau 50 peratus adalah matang, 13,007 hektar atau 26 peratus belum matang dan 12,426 hektar atau 24 peratus dalam proses penanaman semula.

“Secara keseluruhan berjaya mengeluarkan 290,000 tan metrik tandan buah segar yang menunjukkan peningkatan 16,300 tan metrik berbanding tempoh yang sama tahun lalu,” tambahnya.

 

 

 

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira