ARTIKEL

1,265 sekolah rendah akan dibekal komputer Raspberry Pi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Sebanyak 1,265 sekolah rendah di Sarawak dibekalkan dengan komputer Raspberry Pi dan diagihkan secara tiga kumpulan bermula Mei sehingga Disember tahun ini.

Adun Kedup, Martin Ben berkata untuk kumpulan pertama projek agihan komputer tersebut meliputi 344 sekolah di luar bandar dan pedalaman di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Baram, Belaga, Kapit, Song dan Daro.

Adun Kedup Martin Ben (dua dari kiri) mewakili Datuk Amar Michael Manyin Jawong menyerahkan peranti Rasberry Pi kepada Pegawai Pendidikan Daerah Serian, Charlie Unggang.

Kata Martin, sehingga 9 Julai, kumpulan pertama telah mencapai 98 peratus penghantaran dan kumpulan kedua telah memulakan proses penghantaran pada 12 Julai.

Manakala untuk Daerah Serian katanya, terdapat 79 sekolah rendah di bawah PPD Serian akan menerima manfaat dari projek ini melalui peruntukan 507 unit komputer Raspberry Pi di bawah kumpulan dua termasuk sebuah unit untuk pejabat PPD.

“Saya percaya beberapa sekolah di Serian akan menerima komputer mereka dan dipasang oleh Sistem Maklumat Sarawak Sdn Bhd (Sains) ketika ini.

“Kesemua sekolah rendah di Serian dijangka menerima komputer Raspberry Pi pada penghujung bulan ini,” katanya.

Beliau mewakili Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Datuk Amar Michael Manyin Jawong pada Majlis Pengagihan komputer Raspberry Pi untuk 79 buah sekolah rendah di Daerah Serian di Dewan Tayung Langui, Kampung Pichin di sini hari ini.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan