Trending

13 jalan ditutup sempena Sibu Street Parade 2023

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SIBU: Beberapa jalan akan ditutup bagi memberi laluan kepada raptai dan program Sibu Street Parade 2023 sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka.

Menurut notis dikeluarkan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), sebanyak 13 lokasi penutupan jalan semasa raptai dan perarakan itu kelak.

“Antara lokasi yang terlibat adalah Bulatan Rosli Dhoby Jalan Bujang Suntung, Lampu isyarat Kampung Dato, Jalan Agung Belakang Hotel RH, Lorong Maybank Sebelah Hotel RH, Simpang Jalan Brooke Drive Kedai Payung, Jalan Sanyan (Lorong Antara Petronas- Kedai Lot 10) dan Jalan Sanyan (Lorong Sebelah Ling Corner).

“Selain itu, Jalan Ramin (Popular), Jalan Lintang (Lorong Sebelah Standard Chartered), Jalan Sentral (Simpang Antara PMG dan Bomba), Lampu Isyarat Hotel Premier, Lampu Isyarat Sibu Gateway serta Lebuh Tanahmas Lorong Hadapan Premier,” katanya dalam notis tersebut.

Sehubungan itu, raptai akan diadakan pada 10 dan 11 Ogos ini bermula jam 5 petang sehingga selesai, manakala hari perarakan pada 12 Ogos bermula 5 petang sehingga selesai.

Justeru, pengguna jalan raya diminta untuk memberikan kerjasama dan menggunakan jalan alternatif.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru