Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

13 keluarga mangsa banjir Kampung Bedaun dipindahkan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
TERJEJAS...Pihak bomba melaksanakan pemindahan seorang warga emas yang terjejas akibat banjir.

KUCHING: 13 buah keluarga terpaksa ditempatkan ke Dewan kampung Bedaun, Jalan Sultan Tengah di sini, selepas kawasan tersebut dinaiki air, kira-kira jam 6 pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pasukan Alpha dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya berjaya memindahkan 13 keluarga dari 13 buah rumah yang terjejas ke dewan serbaguna kampung buat sementara waktu.

 

MENAIK…Keadaan air naik mencecah sehingga ke paras lutut.

“Pihak bomba menerima laporan seawal jam 4 pagi dan hasil laporan komander operasi mengesahkan keadaan paras air setinggi empat kaki.

TERJEJAS…Pihak bomba melaksanakan pemindahan seorang warga emas yang terjejas akibat banjir.

“Manakala kawasan yang tidak dapat dihubungi atas faktor keselamatan adalah lapan kaki,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

TENGGELAM…Kediaman salah seorang mangsa yang turut terjejas akibat banjir.

Tambahnya, kesemua mangsa banjir yang telah dipindahkan berada dalam keadaan selamat.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk