ARTIKEL

13 pasukan berentap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KARNIVAL Sukan Saberkas (KASUS) anjuran Unit Saberkas Bukit Inkerbai Lubok Bemban (BILB) menyaksikan 13 pasukan berentap dalam sukan sepak takraw.

Menurut Pengerusi Unit Saberkas BILB, Tuai Rumah (TR) George Takin, kesemua pasukan adalah dari rumah panjang sekitar kawasan BILB.

“Selain ingin merapatkan silaturahim penduduk di sekitar sini, tujuan KASUS diadakan juga adalah untuk mencari bakat dalam kalangan belia.

“Bukan itu sahaja, kami ingin menggalakkan aktiviti bersukan dalam kalangan belia di kawasan ini,” katanya kepada Suara Sarawak.

Menurutnya, KASUS yang diadakan selama dua hari iaitu 27 dan 28 Mei lalu menampilkan pasukan Lubok Mawang sebagai juara untuk acara ini dengan membawa pulang pingat serta wang tunai bernilai RM350.

Naib Johan disandang oleh Bukit Dinding Takraw Club (BDTC) dengan menerima medan dan wang tunai sebanyak RM200 manakala tempat ketiga ialah Danau hunter yang membawa pulang medal serta wang tunai bernilai RM100.

Timbalan Pengerusi Saberkas Cawangan Tellian, Kaunselor Jay Keram turut hadir.

BERITA LAIN

KDN FC terima tajaan daripada syarikat Jepun

KOTA BHARU: Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) menerima tajaan bernilai RM200,000 daripada syarikat dari Jepun, ROHM Electronics Sdn Bhd, bagi menghadapi saingan Liga Super 2024/2025. Presiden KDN

Aseh harap isu ‘surat layang’ segera diselesaikan

PETALING JAYA, Selangor: Jawatankuasa Integriti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berharap isu ‘surat layang’ dapat dinoktahkan segera selepas siasatan terhadap dua dakwaan salah guna kuasa melibatkan

BERITA TERBARU

Projek ikan bulu bawa tuah

SIMANGGANG: Koperasi Opah Sri Aman Berhad antara lima kumpulan terbaik yang menerima RM15,000 pada Shell LiveWIRE Pre-Accelerator Bootcamp Sarawak 2024. Nur Izzati Zalaluddin dan pasangan

Gilap bakat belia

LIMA sahabat karib yang mengaku bersaudara dan berjanji sehidup semati mencipta sejarah dan mengukir kisah agung dalam lipatan sejarah Melayu Nusantara. Walaupun ia berlaku ratusan