13 PPS masih dibuka di dua bahagian di Sarawak setakat jam 12 tengah hari tadi

KUCHING: Seramai 987 mangsa banjir dari 324 keluarga masih ditempatkan di 13 buah pusat pemindahan sementara (PPS) di dua bahagian Sarawak, setakat jam 12 tengah hari tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memberitahu, setakat ini sebanyak empat PPS masih dibuka di Bahagian Samarahan manakala sembilan PPS di Bahagian Serian.

Bagi Bahagian Samarahan, seramai 28 mangsa ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Lubok Buntin, PPS Dewan Mesra Simunjan (96), PPS Dewan Kampung Entangor, Sebuyau (40) dan PPS Masjid Kampung Seruyuk, Sebuyau (56).

Manakala di Bahagian Serian, seramai 31 mangsa banjir ditempatkan di PPS Dewan SK Tebakang, PPS Dewan Kampung Slabi Entukuh (42), PPS Dewan Buk Janjun (29), PPS SK Tanah Puteh (349), PPS Dewan Masyarakat Serian (148), PPS Dewan Kampung Rimba Padi (75), PPS Dewan SK St Patrick Tangga (54), PPS Balai Raya Babuk Bandar Ranchan (6) dan PPS Dewan Serbaguna Ranchan (33).

Sementara itu, JPBN turut mendedahkan PPS Dewan Serbaguna Kampung Bangka Semong, Samarahan telah ditutup pada jam 9.30 pagi tadi.