ARTIKEL

1,300 liter minyak diesel dirampas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima Sarawak berjaya merampas sebanyak 1,300 liter minyak diesel dipercayai barang kawalan di dalam sebuah lori di Bintawa, semalam.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Sarawak (KPDNHEP) Mohd Hanizam Kechek berkata, operasi tersebut hasil kerjasama pihaknya bersama PPM dilakukan pada pukul 3.30 petang.

Menurutnya, lori terbabit disita dan awalnya dibawa ke pejabat PPM sebelum diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP Kuching untuk siasatan lanjut.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati lori tersebut telah memuat naik sebanyak 1300 liter minyak diesel iaitu barang kawalan yang bernilai RM2834.00.

“Pemandu lori turut gagal menunjukkan dokumen sah serta tidak memiliki lesen atau kebenaran khas untuk mengendalikan minyak tersebut,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan kejadian, katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974.

“Sekiranya orang itu bukan satu pertubuhan perbadanan, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM1 Juta bagi setiap kesalahan yang dilakukan atau penjara tidak melebihi tempoh selama tiga tahun,” dedahnya.

Dalam pada itu, ujarnya, KPDNHEP Sarawak akan sentiasa memantau dan menjalankan pemeriksaan dari semasa ke semasa bagi memastikan barang-barang kawalan tidak diseleweng.

BERITA LAIN

Wong mahu mekanisme cuti gantian diperjelas

KUCHING: Mekanisme pemberian cuti gantian apabila beberapa cuti umum jatuh secara berturut-turut perlu diperjelas bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan majikan dan pekerja, khususnya berkaitan perancangan

BERITA TERBARU