Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

13,000 liter minyak diesel cuba diseludup keluar, disita PGA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak telah menyita sebuah pacuan empat roda, sebuah lori dan 13,000 liter minyak diesel dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM64,810 dalam satu operasi baru-baru ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak berkata, pada 8 Disember lalu sekitar jam 12 tengah hari pihaknya menerima satu kes serahan daripada PGA Sarawak di Jalan Stephen Yong, di sini.

Katanya, siasatan awal mendapati Orang Kena Tuduh (OKT) iaitu seorang lelaki warga tempatan tidak memiliki permit menyimpan barang kawalan tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 20 (1), Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu menyimpan barang kawalan di tempat yang tidak dilesenkan oleh pengawal bekalan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda jika orang itu ialah satu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi RM3 juta bagi setiap barang kesalahan yang dilakukan.

Katanya,jika orang itu bukan satu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi RM1 juta bagi setiap kesalahan yang dilakukan atau penjara tidak melebihi tempoh selama tiga tahun atau kedua-duanya.

“KPDNHEP dengan kerjasama jabatan serta agensi penguat kuasa berkaitan akan sentiasa memantau, menjalankan pemeriksaan dan mengambil tindakan tegas untuk menangani ketirisan barang kawalan bersubsidi,” tegasnya.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News