ARTIKEL

Orang ramai dari pelbagai kaum, agama dan latar belakang mengunjungi Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Premier Sarawak di BCCK. - Foto: Ghazali Bujang

13,000 pengunjung hadiri rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Premier Sarawak di BCCK

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hujan renyai-renyai pagi tadi bukan penghalang buat orang ramai mengunjungi Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang.

Rumah terbuka yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) itu dikunjungi kira-kira 13,000 pengunjung dari pelbagai kaum, agama dan latar belakang, malah ada yang mengenakan busana tradisional kaum masing-masing.

Abang Johari berkata kehadiran orang ramai pada sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini menunjukkan rakyat Sarawak amat bersatu padu.

Katanya, ia merupakan budaya dan warisan Sarawak, dan kunjungan rumah terbuka bagi perayaan lain seperti Hari Gawai dan Tahun Baharu Cina juga turut meriah.

“Ini adalah baik untuk Sarawak, kita harus kekalkan budaya kepelbagaian, perpaduan yang baik untuk masa hadapan,” katanya kepada media di rumah terbukanya di BCCK di sini, hari ini.

Justeru, kata Abang Johari, perpaduan yang telah dikecapi selama ini harus dipelihara, lebih-lebih lagi terdapat banyak sentimen perpecahan yang diekploitasi oleh pihak tertentu di tempat lain.

“Tetapi kita di Sarawak kekal bersatu yang memberi kita situasi di mana asas yang baik ini membolehkan kita untuk bergerak ke hadapan kerana kita mempunyai urusan penting untuk dilakukan, terutamanya untuk mencapai sasaran ke arah wilayah yang kuat dalam Malaysia,” ujarnya.

Selain dikunjungi orang ramai, Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Premier Sarawak turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, ketiga-tiga Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, serta barisan Kabinet Negeri Sarawak.

Rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Premier Sarawak pada hari pertama bermula pada 10.30 pagi dan berakhir pada 3 petang manakala pada hari kedua (esok) dari jam 10 pagi hingga 2 petang.

Abang Johari serta isteri, Juma’ani, bersalaman dengan pengunjung yang hadir. – Foto: Ghazali Bujang
Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan turut hadir memeriahkan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Premier Sarawak di BCCK. – Foto: Ghazali Bujang
Wakil rayat Satok, Datuk Ibrahim Baki, bersama keluarga turut hadir memeriahkan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Premier Sarawak di BCCK. – Foto: Ghazali Bujang
Abang Johari menyambut ketibaan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi. – Foto: Ghazali Bujang

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)