130,000 pengunjung banjiri Pesta Simunjan

SIMUNJAN: Pesta Simunjan 2019 diyakini mampu tersenarai dalam kalendar pelancongan
Sarawak apabila 130,000 pengunjung membanjiri pekan itu selama tiga hari berturut-turut yang berakhir hari ini.

Adun Simunjan Alwa Dris berkata, beliau menaruh harapan supaya meletakkan pesta dwitahunan itu sebagai tarikan baharu.

“Saya berharap pesta ini akan memperkenalkan Simunjan kepada orang luar.

*Kita mahu Simunjan keluar daripada kepompong desa yang dianggap serba kekurangan, mundur,” katanya.

Awla menjelaskan, objektif penganjuran pesta untuk menyatupadukan penduduk setempat dengan perkampungan sekitar.

“Kejiranan dari kampung seberang, penduduk Iban di kampung berdekatan datang ke sini membawa hasil hutan.

“Malah mereka bermalam di sini untuk berniaga. Sepanjang pesta ini berlangsung, mereka mendapat rezeki lebih,katanya.

Awla menambah, Pesta Simunjan pertama kali diadakan pada 2015 dan dianjurkan secara dwitahunan
apabila mendapat sambutan di luar jangkaan.

“Pada 2017, kami menerima 120,000 pengunjung dan tahun lepas, jumlah semakin meningkat.

“Jadi, pesta ini diharap dapat disenaraikan dalam kalendar pelancongan selain memperkenalkan Simunjan ke pentas luar,” katanya.

Awla berharap pesta itu menjadi platform ysng bakal mengangkat Simunjan sebagai destinasi pelancongan domestik.

Malah ia turut mempromosikan kepelbagaian keunikan warisan masyarakat setempat di mata pelancong.

Suara Sarawak