RM730 untuk satu malam

MIRI: Dilihat dari luar ia cuma pusat urut tetapi apabila melangkah ke dalamnya, ia menawarkan khidmat seks.

Berselindung di sebalik nama dan operasi sebagai pusat urut, 12 wanita warga Vietnam disyaki menjalankan aktiviti pelacuran ditahan polis di premis yang terletak di Jalan Merpati di sini pada Selasa.

Turut ditahan dalam serbuan jam 11 malam itu, seorang lelaki tempatan 25, yang dipercayai penjaga premis tersebut turut ditahan.

Siasatan awal mendedahkan semua suspek menawarkan perkhidmatan seks dengan dua kadar bayaran berbeza iaitu RM238 untuk sekali perkhidmatan dan RM730 untuk satu malam.

Serbuan dilakukan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Miri selepas risikan dan maklumat mengenai kegiatan pelacuran membabitkan warga asing.

Suara Sarawak