ARTIKEL

135 pulih, 45 positif dan satu kematian direkodkan hari ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Sebanyak 135 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj dilaporkan hari ini, tiga kali ganda daripada kes baharu disahkan COVID-19 iaitu 45 kes setakat 12 tengah hari, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya, jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,702 kes iaitu 73.15 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Katanya bagi jumlah kes positif COVID-19 pula mencatatkan 6,428 kes dengan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,619 kes dengan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

“Daripada 45 kes baharu yang dilaporkan hari ini, satu kes import dilaporkan. Ini bermakna kes penularan tempatan adalah sebanyak 44 kes, dengan satu kes telah dikesan daripada kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini, hari ini.– BERNAMA

BERITA LAIN

Warga emas ditemui lemas di Tasik Biru

MELAKA: Seorang lelaki warga emas yang dipercayai mengalami kemurungan ditemukan lemas di Tasik Biru, Chin Chin, Jasin malam ini. Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan

Pilih taska berdaftar, pentingkan keselamatan

KUALA LUMPUR: Ibu bapa dinasihatkan untuk memilih taska yang berdaftar bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak mereka. Presiden Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak Berdaftar

BERITA TERBARU

Teknik eratkan hubungan keluarga

SIKAP SEDERHANA keluarga adalah suatu cara hidup yang mendasarkan diri pada prinsip kesederhanaan, kecukupan dan keutamaan dalam setiap aspek. Pendekatan ini dapat mengeratkan hubungan ahli