HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

136,655 pesara polis layak bantuan sekali bayaran RM500

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUALA LUMPUR: Seramai 136,655 pesara, bekas polis dan petugas polis era darurat yang juga penerima Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) layak menerima bantuan sekali bayaran RM500, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Katanya, bantuan itu sebagai menghargai jasa pengorbanan dan khidmat bakti golongan berkenaan kepada negara termasuk ketika era darurat dalam Perkhidmatan Persekutuan Tanah Melayu bagi tempoh 12 Julai 1948 hingga 31 Julai 1960.

“Inilah namanya petugas barisan hadapan, maka disebabkan itu sepatutnya kita bangga kerana waktu mana sekali pun asal namanya darurat, petugas barisan hadapan sebenar adalah anggota polis itu sendiri.

“Sebelum ini, kita dimaklumkan hanya 40,000 penerima tetapi angkanya dinaikkan sehingga melebihi 100,000. Namun hari ini, kita dimaklumkan lebih 136,000 akan menerima wang RM500 ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian ‘One-Off’ RM500 PJPN di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pemberian itu membuktikan kerajaan sentiasa mengambil berat hal ehwal pesara polis, bekas polis serta petugas polis dalam era darurat dengan berusaha mencari ruang dan peluang membantu mereka.

“Pembayaran bagi fasa pertama akan diagihkan kepada 10,000 penerima dengan jumlah peruntukan RM5 juta dan dimasukkan terus ke akaun penerima secara berperingkat sehingga Disember 2022 manakala bagi yang meninggal dunia, bayaran disalur kepada pasangan atau waris,” katanya.

Pada Februari lalu, kerajaan mengumumkan bantuan sekali bayaran RM500 yang disalurkan kepada pesara dan bekas polis menerima PJPN serta petugas polis yang berkhidmat pada zaman darurat.

Terdahulu pada majlis itu seramai 79 penerima PJPN yang menetap di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor menerima bayaran berkenaan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru