1368 petugas barisan hadapan KKM dan bukan KKM akan divaksin untuk Fasa 1 di Mukah

MUKAH: Bagi daerah Mukah seramai 48 petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari Hospital Mukah dan bukan KKM telah berjaya divaksin pada hari ini.

Difahamkan penerima pertama Vaksin Pfizer-BioNTech tersebut ialah Pegawai Kesihatan Bahagian Mukah, Dr. Huzaimah Husin.

Ketika dihubungi Suara Sarawak, Dr. Huzaimah menjelaskan vaksin berkenaan tiba di Hospital Mukah melalui jalan darat tengah hari tadi dari Makmal Ubat dan Stor Bahagian Sibu (MUSB Sibu) sambil diiringi oleh pihak Polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah.

“Seramai 1368 orang pertugas barisan hadapan KKM dan bukan KKM akan diberi vaksin bermula hari ini hingga Rabu depan, untuk kumpulan pertama Fasa 1 Program Vaksinasi ini,” katanya.

Tambahnya terdapat empat pusat pemberian vaksin dibuka di Bahagian Mukah untuk kumpulan pertama Fasa 1 iaitu di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Mukah (KKIA Mukah), Hospital Mukah, Hospital Dalat dan Hospital Daro.

SAYA TELAH DIVAKSIN.. Residen Mukah Hamdiah Bakir turut hadir bersama-sama petugas barisan hadapan lain untuk menerima vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Mukah hari ini.

 

Ketua Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Mukah Kapten (PA) Zuriza Sharkawi antara penerima vaksin di Mukah.

Suara Sarawak