ARTIKEL

137 trak bantuan masuk ke Gaza

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PBB: Sebanyak 137 trak yang membawa makanan, air, ubatubatan dan barangan keperluan lain menurunkan muatan di Gaza sejak gencatan senjata Israel-Hamas bermula Jumaat, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ia merupakan konvoi kemanusiaan terbesar memasuki Gaza sejak perang bermula pada 7 Oktober, kata pejabat PBB bagi hal ehwal kemanusiaan dalam satu kenyataan.

Agensi itu berkata, 129,000 liter bahan api turut memasuki wilayah Palestin, dan 21 pesakit dalam keadaan kritikal telah dipindahkan dari utara Gaza.

“Ratusan ribu orang dibantu dengan makanan, air, bekalan perubatan dan barangan keperluan kemanusiaan lain,” kata agensi itu dalam satu kenyataan.

Ia berkata sejumlah 200 trak dihantar dari perkampungan Nitzana Israel ke persimpangan sempadan Rafa antara Gaza dan Mesir.

LAIN-LAIN BERITA

Empat peluncur ski maut dalam runtuhan salji

BISHKEK, Kyrgyzstan: Runtuhan salji di timur Kyrgyzstan mengorbankan empat nyawa, menurut perkhidmatan media Kementerian Situasi Kecemasan Kyrgyzstan pada Isnin. Tragedi berlaku pada 1 petang waktu

Protes ulang tahun pemberontakan anti-Marcos

MANILA: Beratus-ratus penunjuk perasaan Filipina berarak melalui Manila pada Ahad, menandakan ulang tahun kebangkitan yang menggulingkan Ferdinand Marcos, sambil berikrar untuk menghalang anaknya daripada mengulangi

BERITA TERBARU