ARTIKEL

Gambar - BERNAMA

137,036 rakyat Sarawak daftar PADU

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sarawak merekodkan jumlah pendaftaran kedua tertinggi dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat tengah malam, Selasa.

Menurut maklumat dikongsikan dalam Facebook rasmi PADU, sejak dilancarkan 2 Januari lepas seramai 137,036 rakyat negeri ini sudah mengisi maklumat masing-masing dalam pangkalan data bersepadu sosioekonomi negara itu.

“Sementara itu, Selangor kekal merekodkan jumlah tertinggi dengan 292,534 orang sudah mengemaskinikan pendaftaran, diikuti Sarawak (201,399), Johor (164,235), Perak (133,369) dan Sabah (124,375),” menurut perkongsian tersebut, semalam.

Bagaimanapun tambahnya, secara keseluruhan hanya 1,613,454 individu daripada 30.08 juta orang di Malaysia yang didaftarkan, telah mengemas kini maklumat mereka dalam sistem tersebut.

Ia termasuk warganegara Malaysia dan permastautin.

Berita lanjut dalam epaper STSS.

BERITA LAIN

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,

Tiga buruh ditahan positif dadah

MUKAH: Polis Mukah terus membendung aktiviti penyalahgunaan dadah dengan tangkapan tiga lagi lelaki tempatan dalam satu operasi di Jalan Selangau Mukah, semalam. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,