ARTIKEL

138 saman telah dikeluarkan polis trafik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 138 saman telah dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak sempena OP Selamat ke-16 Tahun Baharu Cina 2020 bertempat di Jalan Simpang Tiga Kuching, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Alexson Naga Chabu berkata Operasi dijalankan bermula jam 8 malam dan berakhir 12 malam.

Menurutnya, operasi diadakan agar orang ramai berhati-hati ketika memandu bagi mengelak daripada berlakunya kemalangan di musim perayaan Tahun Baharu Cina di samping menguatkuasakan peraturan serta undang-undang jalan raya.

“Hasil pemeriksaan terhadap 427 buah telah mengeluarkan saman berjumlah 138 atas pelbagai kesalahan.

“Antara kesalahan yang dikenal pasti termasuklah tiada lesen memandu, ubah suai ekzos, lampu hadapan silau, lampu brek tidak menyala dan cukai jalan tamat tempoh,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu, katanya operasi melibatkan tiga pegawai kanan dan 13 anggota daripada Kuching, Padawan dan Samarahan yang diketuai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, DSP Muhamad Rizal Alias.

Turut hadir ketika operasi, dua anggota masing-masing daripada Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuching, ujarnya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road

Pemain bintang dunia warnai bola sepak S’wak

KEHADIRAN bekas bintang kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, Asier Illarramendi, bersama kelab Hong Kong, Kitchee SC ke Kuching cukup mengujakan ribuan peminat bola sepak di